Jenayah

Pengerusi MyWatch terima peluru dalam peti surat

terima peluru

JEMPOL – Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan sekali lagi menerima kejutan apabila tiga butir peluru bersaiz 9mm ditemui dalam peti surat rumah keluarganya, pagi semalam.

Sanjeevan yang bertanding bagi merebut jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, peluru terbabit ditemui abangnya kira-kira jam 10.45 pagi yang dibungkus dalam surat putih, namun tidak disertai apa-apa tulisan.

“Ketika kejadian saya baru bangun dari tidur sebelum abang memaklumkan perkara itu dan saya terus melihat isi kandungan surat tersebut.

“Namun, ia mengejutkan apabila terdapat tiga butir peluru hidup dalam surat terbabit,” katanya.

Susulan kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada hari sama kira-kira jam 3.19 petang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");