Perak Hari Ini

Penjenayah Langgar Polis Diklasifikasi Kes Bunuh

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mengklasifikasi kematian seorang anggota polis yang dilanggar oleh penjenayah semalam sebagai kes bunuh.

Ini kerana penjenayah tersebut sengaja melakukan perbuatan itu dengan niat, katanya.

“Kes ini diklasifiasikan sebagai kes bunuh kerana berdasarkan maklumat awal yang kita perolehi memang perbuatan itu disengajakan untuk menyebabkan kematian kepada anggota berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kes terbabit.

“Kami sedang meneliti dan memantau maklumat yang diperlukan untuk kami menjejaki penjenayah-penjenayah terbabit,” ujarnya lagi.

Beliau ditemui pemberita ketika melawat pusat pengundian di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, dekat Teluk Intan.

Katanya, pihaknya telah mendapat maklumat berkenaan kenderaan yang telah digunakan oleh penjenayah untuk melanggar anggota polis tersebut.

“Saya telah dimaklumkan bahawa kenderaan yang dipercayai digunakan oleh penjenayah tersebut telah dijumpai terbakar.

“Kita dalam proses membuat risikan serta siasatan dan dijangkakan kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi,” katanya.

Media tempatan hari ini melaporkan kejadian seorang anggota polis maut dirempuh penjenayah ketika beliau mengejar suspek yang disyaki melakukan kes samun.

Mangsa yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah merupakan anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) maut di tempat kejadian manakala rakan setugasnya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Batu 10, Parit Buntar menghala ke Alor Pongsu, tengah hari semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");