Berita Hari Ini

Penyelidik UTeM cipta alat elak kereta dicuri

kereta

Melaka: Seorang penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, mencipta alat keselamatan bagi mengesan dan memberi amaran mengenai pergerakan kenderaan dikenali ‘Vehicle Smart Security’ (VeSS).

Sistem dibangunkan oleh Pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik Anuar Mohamed Kassim, 32, itu berfungsi memberi amaran kepada pemilik kenderaan menerusi telefon bimbit jika kenderaan bergerak tanpa pengetahuan atau dicuri.

Anuar berkata, VeSS menggabungkan semua konsep teknologi terkini seperti pengesan pergerakan kenderaan menggunakan pengesan, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sistem pemantauan satelit (GPS) ke dalam sebuah kotak kecil.

“Semua teknologi itu digabungkan di dalam satu kotak kecil yang kemudiannya dipasang ke dalam kenderaan bagi memastikan rangkaian teknologi berkenaan berfungsi menyalurkan maklumat menerusi telefon bimbit pemilik.

“Kemudahan ini akan memastikan sistem enjin mengesan pergerakan kenderaan yang tidak dilakukan pemiliknya secara automatik menerusi pengesan yang digunakan,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, sehubungan fungsi rangkaian teknologi itu, satu pesanan amaran melalui SMS akan dihantar kepada pemilik dengan memberikan koordinat kenderaannya yang boleh diakses secara terus melalui Google Maps bagi pengguna telefon pintar dan komputer.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");