Perak Hari Ini

Perak Gesa Bangunan Madrasah Idrisiah Dibaikpulih Dengan Segera

PERAKTODAY2

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa agar Kementerian Pendidikan membaikpulih segera bangunan Madrasah Idrisiah dekat Kuala Kangsar yang merupakan salah satu institusi pengajian Islam terawal yang bertapak di Perak.

“Madrasah Idrisiah adalah satu warisan kepada negeri Perak dan saya mengharapkan agar pihak kementerian membaikpulih bangunan asal madrasah tersebut yang kelihatan sudah uzur.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri juga telah mengeluarkan warta tidak membenarkan bangunan tersebut digunapakai atas faktor keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis anugerah kecemerlangan akademik pelajar Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, hari ini.

Majlis tambah meriah dengan keberangkatan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang berkenan menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik kepada pelajar Madrasah Idrisiah.

PERAKTODAY3

Beliau berkata lagi, walaupun warta tersebut telah dikeluarkan sejak tahun 1998 lagi, pihak pengurusan madrasah tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggunakannya sebagai kemudahan surau dan bilik pentadbiran.

“Ini amat membimbangkan terutama sekali dari segi aspek keselamatan dan pemuliharaan semula bangunan berkenaan,” katanya lanjut.

Beliau turut berharap supaya kementerian Pendidikan menyegerakan proses membaikpulih tersebut kerana menitikberatkan soal keperluannya yang perlu untuk dipelihara.

Zambry berkata, dalam tempoh lapan tahun lagi, madrasah yang ditubuhkan sejak tahun 1972 itu akan berusia 100 tahun.

“Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Warisan Negara untuk menjadikan bagunan madrasah tersebut sebagai salah satu bangunan warisan di Perak,” katanya.

Usaha itu katanya, bertujuan memudahkan kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan khas untuk memulihara bangunan tersebut.

Tambahnya lagi, terdapat banyak institusi pengajian terkenal di Kuala Kangsar antaranya Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Madrasah Idrisiah yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

PERAKTODAY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");