Perak Hari Ini

Perak Kesal Projek RPT Perwira Tergendala

PERAKTODAY16

“Saya cukup kecewa dengan pengurusan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap projek tersebut tetapi tidak dapat melaksanakannya seperti yang dijanjikan,”.

Demikian kenyataan yang dilontarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung projek perumahan bekas anggota pasukan keselamatan dikenali RPT Perwira membabitkan 7,000 unit rumah seperti yang diumumkan kerajaan negeri pada Oktober 2012.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan sebelum ini, telah melantik exco tertentu bagi memantau perkembangan projek tersebut.

Kata Zambry  lagi, perancangan tersebut merupakan niat murni kerajaan negeri bagi membantu bekas anggota keselamatan untuk memiliki kediaman lebih selesa.

“Saya tidak mahu ianya dilihat sebagai agenda kerajaan untuk menabur janji kosong sahaja,” katanya.

Ujar Zambry lagi, isu tersebut turut berkemungkinan dijadikan sebagai bahan politik untuk mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Usaha seperti ini tidak pernah diketengahkan oleh mana-mana negeri selain Perak dan usaha kerajaan negeri untuk menunaikan tanggungjawab itu akan diteruskan,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTAM) Cawangan Pangkor Ke-21 di Manjung, hari ini.

“Kerajaan negeri  akan terus memberi komitmen sepenuhnya berhubung perkara ini dan sememangnya saya cukup kecewa atas apa yang berlaku,” katanya lagi.

Kegagalan merangka perancangan bersama-sama menyebabkan projek berkenaan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan, katanya.

“Saya telah minta kerajaan negeri untuk meneliti semula semua perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini,” tegasnya.

Jelasnya lagi, bukan soal keuntungan yang diutamakan tetapi yang paling penting ialah janji yang telah dilafazkan sebelum ini.

“Saya telah mengarahkan Penasihat Undang-undang negeri untuk meneliti semula perjanjian tersebut dan jika perlu dibatalkan, ianya akan dibatalkan,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");