Jenayah

Pergaduhan: Lelaki maut, rakan cedera ditembak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam satu pergaduhan di sebuah kuil di Jalan Lobak, Kuang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supritenden Junaidi Bujang berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, satu pergaduhan tercetus antara M. Vijendran, 25 dan rakannya B. Suresh Kumar, 24, dengan seorang lelaki berusia 40-an yang sedang bersembahyang di kuil berkenaan.

Berlaku ketegangan semasa pergaduhan itu sehingga menyebabkan suspek melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa, kata Junaidi ketika dihubungi di sini.

Junaidi berkata Vijendran yang terkena tembakan di kepala dan pinggang mati ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh manakala Suresh, cedera di rusuk kiri.

“Ketika kejadian, satu upacara keagamaan sedang berlangsung di kuil itu dengan kehadiran kira-kira 30 penganut Hindu, kebanyakannya wanita,” katanya menambah polis turut menemukan dua kelongsong peluru di tempat kejadian.

Polis kini sedang menjejaki suspek yang melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, model Mitsubishi Pajero merah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");