Jenayah

Periksa dulu elak tertipu

Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga dibayar:-

SUNGAI PETANI – Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan terhadap harga barang promosi yang dipamerkan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada ditipu.

Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Yati, 40, mendakwa, dia tertipu apabila harga barangan yang dibeli dengan harga yang dipamerkan berbeza ketika membeli-belah di sebuah pasar raya baru-baru ini.

Dakwanya, dia memilih susu tepung anaknya seperti yang dipamerkan di bungkusan berharga RM17.90 di pasar raya tersebut.

“Apabila pulang, saya memeriksa resit mendapati harga yang dibayar menunjukkan RM25.90 iaitu RM8 lebih mahal dari harga yang dipamerkan,” dakwanya.

Yati kemudian segera ke pasar raya sama beberapa hari kemudian menunjukkan resit dan bungkusan kepada pihak pengurusan, bagaimanapun aduannya tidak dilayan.

Dakwanya, kakitangan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dengan aduan pelanggan.

“Pendedahan dibuat bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar memeriksa terlebih dahulu sebelum tertipu dengan harga promosi yang sengaja menarik perhatian pembeli.

“Tetapi apabila mahu membeli, peniaga licik menggunakan harga sebenar, keadaan ini sudah pasti memberi keuntungan mudah kepada peniaga,” dakwanya.

Dakwanya, situasi sama pernah berlaku di sebuah pasar raya lain di sini apabila ramai pengguna mengeluh tentang taktik berkenaan.

“Kita juga memohon pihak berkaitan melakukan pemantauan agar taktik sama tidak berulang sehingga mengelirukan pengguna,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");