Membawang Hari Ini

Pernah kecewa dengan industri

hanis kamal bakar

Mula terjun ke dunia seni seawal usia lima tahun melalui drama Sebening Syawal, pelakon lelaki berbakat Hanis Kamal Bakar, 25, akui baru sekarang bintangnya mula bersinar di persada lakonan.

Hakikat nyata, suatu ketika, Hanis pernah kecewa kerana merasakan dirinya seperti dipinggirkan daripada limpahan tawaran sekalipun pernah dua kali menang trofi Pelakon Pembantu Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa (ASA).

Anugerah pertama diraih pada 2005 menerusi drama Anak Penarik Beca dan kedua, Denai Berbisik (2010). Seterusnya tahun lalu, Hanis sekali lagi naik ke pentas menerima trofi Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Tribute P Ramlee melalui drama Miang Buluh Keladi.

Bukan meminta layanan kelas pertama, namun Hanis agak sedih dengan sikap segelintir pihak dalam industri hiburan yang semacam tidak begitu menilai bakat seseorang pelakon yang bersemangat kental sepertinya.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa keadaan itu berlaku. Selepas menang anugerah pada 2005, saya masih belum menerima banyak tawaran berlakon. Terfikir juga adakah orang ingat saya ‘demanding’ walhal siapalah saya untuk berbuat demikian.

“Hendak kata sebab gosip panas pun tidak juga sebab saya bukannya sukakan kontroversi. Saya yakin ini semua soal rezeki yang sudah tertulis dan perlu bersabar dalam mencari skrip dan watak yang bagus.

“Bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas saya menang trofi Anugerah Tribute P Ramlee tahun lalu. Peluang berlakon sekarang semakin banyak dan saya tidak lagi rasa dianaktirikan seperti dulu,” ujarnya yang baru membintangi drama bersiri Kerambit dan Ladang, baru-baru ini.

Ingin lebih fokus dalam bidang lakonan yang sangat diminatinya, anak kelahiran Melaka ini akhirnya membuat keputusan nekad untuk menetap di Kuala Lumpur.

“Sebelum ini, banyak produksi penerbitan tidak tahu bagaimana hendak hubungi saya. Malah, ada masih belum kenal lalu menawarkan bayaran sangat rendah kepada saya seperti seorang pelakon baru. Saya tidak salahkan mereka kerana kurang pendedahan.

“Saya sedar salah satu punca saya kurang dikenali disebabkan kurangnya juga publisiti daripada pihak media. Dulu beberapa temu janji terpaksa dibatalkan apabila pihak media mendengar saya tinggal jauh di Melaka.

“Sekarang saya sudah menetap di Cheras, Kuala Lumpur dan tiada masalah lagi untuk segala urusan,” katanya juga yang dikenali dengan watak panas baran dalam drama seram, Banglo Seksyen 2.

Menjadikan ayahnya sendiri pelakon Kamal Bakar sebagai mentor, Hanis berkata, ketika melalui zaman gerhana, ayahnya banyak memberi nasihat agar tidak berputus asa.

“Kata ayah, ini semua asam garam anak seni. Kalau bersabar insya-Allah kita akan berjaya satu hari nanti. Kerana sudah memilih bidang ini, saya mahu buktikan bahawa jalan yang saya pilih ini tidak salah. Bukan sebab mahu kejar anugerah, sebaliknya saya suka berlakon dan mahu menjadi pengarah suatu hari nanti,” kata anak sulung lima beradik ini.

Tidak hanya bersandarkan bakat semata-mata, ba http://expedino.com/wp-content/uploads/2013/12/The-Flood-Architecture-Wallpaper.jpg gi menambahkan ilmu seni, Hanis turut melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Teater (Pengarahan) di Akademi Seni Kebangsaan dan Warisan Negara (ASWARA) pada 2007.

Melalui jurusan itu dia lebih memahami pelbagai aspek lakonan dan pengarahan, namun sedar semua itu belum mencukupi tanpa mencari lebih banyak ilmu di lokasi.

“Saya tidak mahu menjadi seorang pelakon yang tiada ilmu. Pada saya, sehebat manapun kita di pentas lakonan, ilmu pengetahuan juga perlu ada. Biarlah kedua-duanya seiring,” katanya.

Jadi mak nyah dalam kerambit

Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Hanis berkata dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kerambit arahan Zul Huzaimy, terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Apa yang mendebarkan, dalam drama itu dia memegang watak seorang mak nyah dan berlakon pula di sisi aktor handalan Eman Manan.
“Ini bukan kali pertama saya menjadi mak nyah. Dulu, saya pernah berlakon sebagai mak nyah melalui sebuah teater ketika belajar di ASWARA.

Namun, ia tidaklah mencabar seperti mana watak saya dalam Kerambit. Dalam Kerambit, saya perlu menjadi seorang mak nyah yang pendendam dan bijak menyembunyikan identiti dirinya di mata lelaki.

“Terus terang, saya berpuas hati kerana diberi peluang memegang watak mencabar seperti itu meskipun pernah melakonkan watak lebih sukar iaitu penghidap disleksia.

“Bagi saya setiap lakonan perlulah meninggalkan impak tidak kira watak yang baik mahupun jahat,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");