Sukan Hari Ini

Piala FA: Kemarau juara Arsenal berakhir

arsenal 1

PENANTIAN sembilan tahun Arsenal dalam merebut Piala FA berakhir apabila pemain tengahnya, Aaron Ramsey berjaya merembat gol kemenangan 3-2 sekaligus menewaskan Hull City di peringkat akhir Kejohanan Bola Sepak Piala FA, awal pagi tadi.

The Gunners bermula rancak di awal permainan namun dikejutkan dengan rembatan gol oleh barisan pertahanan Hull City, James Chester dan Curtis Davies seawal minit ke-8.

Namun Arsenal kembali memantapkan kedudukan apabila pemain tengah The Gunners, Santi Cazorla menjaringkan gol dengan sepakan percuma sebelum separuh masa pertama manakala aset pertahanan pasukannya, Laurent Koscielny menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-77.

Kemuncak kemenangan Arsenal tercetus dengan rembatan gol ke gawang pihak lawan pada masa tambahan, sekaligus menjadikan The Gunners juara unggul bagi Piala FA musim ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");