Sukan Hari Ini

Pihak kontraktor pusat akuatik ambil tindakan

Surat yang didakwa diterima dari pembekal yang menulis bumbung kanvas kukuh:-

KANGAR – Kontraktor utama bagi membaik pulih dan membina pusat akuatik di Kompleks Sukan Negeri Perlis sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal bumbung kanvas yang terkoyak selepas pembekal itu memberi jaminan ia selamat dan kukuh digunakan.

Pengarah Operasi Syarikat Lima Corporation Sdn Bhd, Hishamuddin Abdul Hamid berkata, tindakan itu dalam perbincangan oleh pihaknya selepas nama syarikat itu akan tercemar kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak lain (pembekal).

“Kami menerima surat dari pembekal bertarikh 27 Mei yang mengatakan reka bentuk dan kanvas itu diuji kukuh dan selamat digunakan.

“Apa yang berlaku hari ini (semalam) di luar jangkaan kami,” katanya.

Justeru Syarikat Lima Corporation menganggap pembekal itu bertanggungjawab atas keselamatan semua pihak yang berada di pusat akuatik tersebut.

Katanya, kanvas dari jenis bukan kalis air itu setuju dipasang oleh pihaknya selepas mendapat jaminan berkenaan.

“Saya tak berani mengatakan ia dari yang tak berkualiti tetapi kanvas ini dari jenis yang bukan kalis air sebagaimana dicadangkan, di samping jaminan keselamatan yang diberikan,” ujarnya.

Pada kejadian kira-kira jam 2.15 petang semalam, bumbung kanvas kolam renang terkoyak selepas hujan dan angin kuat.

“Kita mungkin akan minta pembekal baiki bumbung kanvas ini atau gantikannya dengan yang baru namun semua ini akan dilakukan selepas tamat Sukma,” tambahnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");