Berita Hari Ini

PM hadiri majlis perkahwinan

pm 1

Chukai: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak singgah lebih sejam untuk menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, semalam.

Helikopter yang membawa rombongan Perdana Menteri mendarat di padang Kolej TATIUC berhadapan kediaman Ahmad di Kampung Teluk Kalong, Kijal dekat sini, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Ahmad dan isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud.

10,000 tetamu hadir

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Pada majlis itu, Najib turut diperkenalkan kepada pasangan mempelai Nor Ashahirah Ahmad, 27, dan Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28. Kira-kira 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis perkahwinan itu, termasuk pemimpin tempatan dan penduduk setempat.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");