Isu Panas

PM terima keputusan MCA tak tanding

najib 1

Datuk Seri Najib Razak menerima baik keputusan MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana parti itu kini dalam proses pengukuhan.

Beliau berkata, MCA perlu meneruskan proses itu supaya dapat menjadi parti yang lebih disegani dan kekuatannya akan semakin bertambah.

“Kita terima hasrat MCA tak bertanding di Bukit Gelugor. Saya harap MCA terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh dirinya sebagai parti yang lebih disegani dalam Barisan Nasional (BN),” katanya di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media sebelum berlepas pulang menaiki pesawat khas selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-24, di sini.
Tak beri menang percuma.

Ditanya jika ada calon lain, beliau yang juga Pengerusi BN menjelaskan BN akan tengok siapa yang bakal bertanding.

“Kita tidak akan beri kemenangan percuma, kita akan tengok siapa yang bertanding nanti,” katanya sambil menambah BN akan membuat keputusan mengenainya kemudian.
Kelmarin, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor bagi menumpukan perhatian kepada pelaksanaan hukum hudud yang dibangkitkan PAS baru-baru ini.

Najib bagaimanapun mengesahkan BN akan bertanding di Teluk Intan, Perak.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");