Perak Hari Ini

‘Polis Bertindak Profesional’: Zahid

Pihak polis mengamalkan sikap profesional dan tidak berat sebelah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada pasukan tersebut dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan.

Hal itu ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya ingin menegaskan bahawa pihak polis bersikap profesional dan tidak memihak mana-mana pihak dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.

Katanya, hubungan dengan pihak polis diperlukan bagi menjaga keamanan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung.

“Jadikan mereka sebagai sahabat untuk menjaga ketenteraman di sepanjang kempen di PRK Teluk Intan ini,” katanya.

Zahid berkata, beliau telah menemui anggota polis yang bertugas pada PRK Teluk Intan.

“Saya telah bertemu dengan pegawai dan anggota polis yang berkhidmat di seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Kita telah meletakkan lebih daripada 2,000 orang pegawai dan anggota polis bermula dari hari pernamaan calon sehingga hari pembuangan dan penjumlahan undi,” ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, sehingga kini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Saya ingin menyatakan bahawa setakat ini tiada insiden besar yang berlaku namun saya meminta agar kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan DAP serta para penyolong tidak menimbulkan masalah,” ujarnya.

Pihak polis katanya, akan membuat pantauan dan kawalan rapi sepanjang tempoh PRK Teluk Intan berlangsung.

“Pihak polis akan memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh juru kempen dan jentera pilihan raya kedua-dua belah pihak.

“Saya ingin menyatakan bahawa keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM) pada hari mengundi akan dikawal rapi bagi memudahkan pengundi Teluk Intan membuang undi,” tambahnya.

Beliau berharap agar masyarakat dan pengundi akan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Saya harap pengundi Teluk Intan memberikan setinggi-tinggi kepercayaan kepada pihak polis dalam menjalankan tugas mereka,” ujarnya.

Terdahulu, beliau telah hadir ke majlis penyerahan surat tawaran dan kunci Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) anjuran Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada penduduk kawasan Kampung Durian Sebatang dekat Teluk Intan, petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");