Jenayah

Polis cari Siti Norakmal

Khong Koy (tengah) bersama dua pegawai menunjukkan gambar Siti Norakmal yang dikehendaki polis membantu siasatan kehilangan kad kredit wanita warganegara Indonesia:-

BUKIT BERUANG – Seorang pekerja hotel, Siti Norakmal Abdullah, 23, dikehendaki polis Melaka bagi membantu siasatan berhubung kecurian kad kredit seorang wanita warganegara Indonesia.

Terdahulu, alamat terakhir suspek menetap di Kampung Permas Besar, 82300 Kukup, Pontian, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Ee Khong Koy berkata, pada kejadian 21 April lalu, mangsa berusia 55 tahun itu tertinggal kad kredit di sebuah hotel di Banda Hilir di mana suspek bekerja selepas melakukan pembayaran penginapan.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari kad kreditnya hilang pada hari ketiga kejadian selepas memeriksa wang akaun RM8,600 digunakan menerusi kad kredit berkenaan.

“Mangsa lupa untuk mengambil kad kreditnya di kaunter hotel ini dan pada 23 April dia menghubungi sebuah bank di Jakarta dan mendapati berlaku transaksi dari kad kredit itu membeli barangan bernilai RM8,600.

“Suspek yang berkhidmat tidak sampai setahun di hotel itu kini menghilangkan diri dan tidak datang bekerja seperti biasa,” katanya kepada media, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, di sini, semalam.

Pada 22 April, suspek didakwa membeli pakaian dan barangan berjenama di lapan kedai sekitar bandaraya Melaka dan keesokannya hanya satu pembelian di sebuah kedai.

Khong Koy berkata, selepas menyedari sudah berlaku sembilan transaksi perbelanjaan, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada jam 10.30 pagi, 24 April lalu.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai yang mengenali mangsa diharap dapat menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");