Jenayah

Polis: Keadaan di Terengganu terkawal

polis  2

KUALA TERENGGANU – Keadaan di Terengganu adalah terkawal dengan orang ramai menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang insiden yang tidak diingini susulan perkembangan politik semasa yang berlaku di negeri ini.

Suasana di sekitar kediaman Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif yang baharu dilantik malam tadi, di Seberang Takir dan Istana Syarqiyyah turut tenang.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib mengistihar keluar dari Umno awal pagi tadi dan menjadi Adun Bebas, diikuti Adun Bukit Besi, Roslee Daud. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");