Jenayah

Polis rakam percakapan pemandu lori

KUALA LUMPUR – Polis merakam percakapan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes kemalangan maut suami isteri yang mengakibatkan lima beradik menjadi piatu, di sini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Kajang dan dibawa ke Balai Polis Trafik Tun HS Lee.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud berkata, ia hasil maklumat saksi kejadian.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pemandu lori itu menetap di Kajang dan anggota polis berjaya mengesan suspek sebelum dia ditemui di R&R Bukit Dukung.

“Kita telah hantar pemandu lori itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ujian air kencing dan mengambil sampel darah. Lelaki terbabit turut membuat laporan polis berhubung kemalangan itu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu kelmarin, Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya Norsalawati Ibrahim, 40, dalam perjalanan ke tempat kerja, maut selepas dipercayai dirempuh lori dari belakang selepas motosikal mereka terbabas.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");