Perak Hari Ini

PRK Teluk Intan: Pertembungan Siew Keong, Dyana Sofya

PERAKTODAY16
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Kedua-dua calon yang masing-masing mewakili BN dan DAP dilihat mengemukakan borang pencalonan sebelum proses penamaan calon selama sejam tamat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penamaan 1, SMK Seri Perak.

Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu, Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Terdahulu, proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan berjalan lancar dan Siew Keong tiba di pusat penamaan calon diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8.40 pagi.

Manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pula menyusul pada pukul 8.45 pagi sambil diiringi ibunya, Yammy Samat serta penyokong DAP diketuai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng.

Pencadang calon DAP ialah Chang Kok Lim manakala penyokongnya iaitu Pooi Weng Keong dan Dyana Sofya menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.03 pagi.

Manakala bagi calon BN pula, pencadangnya ialah Kuan Peng Ching dan penyokong iaitu Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan borang pencalonan Siew Keong diserahkan pada pukul 9.05 pagi.

Pengundian awal bakal diadakan pada 27 Mei dan pengudian rasmi pada 31 Mei nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");