Perak Hari Ini

Program Babit Golongan Muda Akan Diperluaskan

PERAK TODAY 11

Penglibatan golongan muda akan diperluaskan lagi bukan sahaja dalam aktiviti yang bersesuaian tetapi juga penyediaan peluang pekerjaan serta pendidikan terbaik untuk golongan tersebut.

Itu adalah antara usaha yang dirancang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

Katanya, perancangan tersebut akan mengambil kira beberapa faktor sebelum dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

“Apa yang lebih penting, ia bukan sahaja melibatkan aktiviti belia tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan serta pendidikan kepada golongan muda.

“Ini adalah antara program yang kita rancang untuk para belia di Teluk Intan,” katanya lagi.

Beliau menyatakan rasa gembira dengan sambutan yang diterima daripada golongan belia tempatan.

“Saya berasa sangat gembira kerana dapat bersama dengan belia dan sekarang semua belia di Teluk Intan panggil saya Brader Mah bukan Pakcik Mah

“Sambutan daripada golongan belia pada malam ini cukup baik dan saya harap mereka akan percaya dan yakin dengan perancangan yang diatur untuk membangunkan Teluk Intan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, beliau telah hadir ke Majlis Pelancaran Ikon 4B Gerakan Belia Parlimen Teluk Intan di Menara Condong malam tadi.

Dianggarkan lebih 500 belia turut serta dalam program tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");