Perak Hari Ini

Provokasi Pembangkang Bermusim, Penyokong BN Diminta Jangan Cepat Melatah

“Jangan sesekali kita melatah kerana perkara-perkara sebegini yang hanya akan dibangkitkan pada masa-masa tertentu.”

Begitu nasihat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai tindakan pihak pembangkang yang terus menimbulkan pelbagai provokasi dan tohmahan terhadap parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.

Katanya lagi, tindakan tersebut mempunyai niat dan tujuan tertentu dan jentera UMNO dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut.

Tambahnya lagi, pelbagai isu bakal timbul apabila negara berhadapan dengan pilihan raya kecil termasuklah PRK Teluk Intan.

“Ianya bukan perkara baru dan puluhan pilihan raya kecil sebegini berlaku dan pastinya akan timbul perkara sebegini yang bertujuan hanya menimbulkan emosi dan kemarahan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri program gotong-royong dan melawat pusat daerah mengundi (PDM) Padang Tembak dekat Teluk Intan, pagi tadi.

“Dengan kebijaksanaan dan kewarasan kepimpinan pemimpin BN, saya pasti segala isu berbangkit dapat tangani,” katanya.

Tambahnya lagi, kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong adalah bergantung kepada sokongan pengundi tempatan dan bukannya terletak kepada tanggapan orang di luar sana.

“Pihak mana berjaya menang sekalipun sudah tidak bermakna jika timbul masalah yang menganggu nilai budaya yang telah terpesong serta ditanamkan dengan unsur kebencian di kalangan rakyat,” tegas beliau.

Jelasnya lagi, pengundi di Teluk Intan pastinya masih waras untuk membuat pertimbangan terhadap pemimpin yang terbukti ikhlas untuk mentadbir.

Pengundi juga dinasihati supaya tidak mudah terikut-ikut dengan agenda rekaan pembangkang kerana  perkara tersebut kerap dibangkitkan secara bermusim sahaja.

“Pembangkang seolah-olah tidak konsisten dalam pelbagai perkara termasuklah isu agama,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");