Isu Panas
Like

‘Rajuk’ tak berpanjangan

May 15, 2014
210 Views
0 Comments
1 minute read
‘Rajuk’ tak berpanjangan

adun terengganu

Putrajaya: Kemelut politik Terengganu sejak Isnin lalu selesai secara baik semalam apabila mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bersama dua Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas, membuat pusingan ‘U’ dengan kembali ke pangkuan parti.

Ahmad bersama ADUN Bukit Besi Roslee Daud dan ADUN Ajil Ghazali Taib dengan rasmi mengumumkan menarik semula hasrat untuk keluar parti, sekali gus kekal sebagai ADUN Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Keputusan itu dimulakan dengan Roslee yang membuat pengumuman pada malam kelmarin diikuti oleh Ahmad dan Ghazali yang berbuat demikian petang semalam.

Semalam, di Bangunan Perdana Putra di sini, Menteri Besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 13 ADUN BN-UMNO Terengganu, termasuk Roslee serta Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Mohd Zuber Embong mengadakan pertemuan khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pertemuan selama kira-kira sejam itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pertemuan itu, semua 13 ADUN BN-UMNO terbabit berikrar untuk terus bekerja sebagai satu pasukan bersama Ahmad Razif bagi memastikan agenda pembangunan, terutama menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Terengganu dapat diteruskan.

Selain Ahmad dan Ghazali yang tidak hadir, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad tidak turut serta dalam pertemuan khas berkenaan kerana dilaporkan kurang sihat.

-Metro

Komen & Pendapat

Leave a Reply