Perak Hari Ini

Rakyat Terengganu Diminta Bertenang, Tidak Dengar Spekulasi: Shafie Apdal

PERAK TODAY

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru supaya ahli UMNO dan rakyat Terengganu bertenang dan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang telah dilantik semalam.

Jelasnya lagi, situasi sekarang pastinya akan memberi peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan dan secara langsung untuk memburukkan lagi reputasi UMNO itu sendiri.

“Sudah ada persefahaman yang telah dilakukan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Said untuk tidak melanjutkan pelantikan beliau sebagai menteri besar,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh, hari ini.

Katanya lagi, disebabkan pergolakan yang berlaku di Terengganu pada waktu tersebut dan untuk menggelakkan keadaan itu tidak berlarutan, persetujuan dilanjutkan kepada tempoh setahun.

“Persefahaman tersebut tidak membabitkan isu perkahwinan dan ini melibatkan hal kerajaan malahan mengenai pekara itu juga tidak dimaklumkan pada peringkat awal.

“Saya yakin bahawa Datuk Seri Ahmad Said memahami perkara ini dan bila ketikanya untuk berlaku adalah persoalan kedua,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa peralihan kuasa yang berlaku kini ternyata berbeza sama sekali dengan keadaan peralihan kuasa  di Perak suatu ketika dahulu.

“BN masih lagi kerajaan biarpun keadaan yang sedang berlaku yang memperlihatkan ada wakil yang menyuarakan untuk keluar dan menjadi ahli bebas namun pengganti menteri besar yang baharu juga telah dilantik semalam,” katanya.

Beliau turut berharap supaya semua pihak bersabar dan setakat ini, dewan undangan Negeri Terengganu masih belum dibubarkan lagi.

Shafie turut menasihati semua pihak agar tidak mempercayai sebarang khabar angin yang diterima kerana rakyat perlu mendengar maklumat yang sahih dan diperoleh melalui sumber yang diyakini.

“Perlu ada penjelasan mengenai calon yang ingin menjadi ahli bebas memang yang perlu memberikan makluman kepada pihak istana supaya ada hak untuk dibubarkan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa setakat ini kerusi kerajaan (BN) di Terengganu masih mencukupi iaitu sebanyak 14 kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");