Isu Panas

Razif janji pikul amanah

Kuala Terengganu: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berjanji untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dan meneruskan kesinambungan yang dilaksanakan Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini.

Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad yang banyak membimbingnya sebelum ini dan segala pengalaman bersama bekas Menteri Besar itu akan dimanfaatkannya.

Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus itu juga akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi melaksanakan perancangan pembangunan untuk masa depan rakyat negeri itu.

Ketika ditemui malam tadi, Ahmad Razif juga melahirkan rasa terharu dengan pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu dan sama sekali tidak menyangka dilantik menggantikan Ahmad.

“Pertama sekali, saya terima amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan sebaik-baiknya dan keduanya insya-Allah segala perkara, perancangan dan pelaksanaan program untuk kebajikan rakyat akan kita teruskan,” katanya selepas menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah di Singgahsana Balai Rong Seri, Istana Syarqiyyah, Chendering, malam tadi.

Bagaimanapun, Istiadat Perisytiharan Pelantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan itu tidak dihadiri enam daripada 17 ADUN Barisan Nasional (BN), termasuk Ahmad.

Lima lagi yang tidak hadir ialah Ghazali Taib (Ajil), Mahdi Musa (Kota Putera), Rosli Othman (Kemasik), A Latiff Awang (Pengkalan Berangan) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");