Perak Hari Ini

‘Saya Janji Akan Bangunkan Teluk Intan’: Mah

“Terima kasih kepada semua pengundi dan jentera parti yang memberi peluang kepada saya untuk menang hari ini,” demikian ulasan ringkas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Kong yang menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dengan majoriti tipis 238 undi.

Tambahnya, beliau berjanji akan terus membangunkan bandar Teluk Intan seperti yang diharapkan oleh pengundi di kawasan tersebut.

Mah yang juga merangkap Presiden GERAKAN meraih 20,157 undi manakala Dyana Sofya memperoleh 19,919 undi dan sejumlah 543 undi rosak direkodkan.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Kemenangan BN itu turut diraikan hampir 5,000 penyokong termasuklah termasuklah pemimpin tertinggi BN dan ahli parti komponen seperti MIC dan MCA.

Antara pemimpin yang hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");