Berita Hari Ini

Sebak ketika ucap Selamat Hari Ibu

sebak

KOTA BHARU – Anak pasangan Malaysia yang dipenjara di Sweden menerima kejutan sempena Hari Ibu semalam, apabila menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Kunjungan tersebut ternyata mencetuskan suasana hiba dan meninggalkan kesan mendalam kepada Aishah Azizul, 14, Ammar, 12, Adam 11 dan Arif, 7, apabila ibu, Shalwati Norshal kini sedang menjalani hukuman penjara.

Terdahulu, Pegawai Tourism Malaysia, Azizul Raheem dan isteri, Shalwati dijatuhkan hukuman mahkamah daerah Solna, Stockholm pada 28 Mac lalu kerana didapati memukul anak mereka.

Rohani berkata, kejutan tersebut bagi melihat sendiri perkembangan keadaan semasa mereka dengan lebih dekat.

“Saya datang ke sini sebab mahu berjumpa dengan mereka, lebih-lebih lagi untuk meraikan bersama mereka sempena sambutan Hari Ibu.

“Kita mahu mereka tahu mereka tidak sendiri sebab di sini ada pegawai yang sentiasa ada untuk memenuhi apa sahaja keperluan anak-anak ini,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke rumah datuk kanak-kanak tersebut dekat Kampung Wakaf Tok Wali, di sini.

Dalam perkembangan lain, Rohani berkata, sehingga kini pihak kementerian telah menghantar 14 laporan dalam tempoh 14 minggu mengenai perkembangan dan keadaan anak pasangan tersebut ke Jabatan Sosial Sweden.

“Kita hantar melalui Wisma Putra dan kita yakin dengan laporan tersebut memandangkan anak-anak tersebut sentiasa dipantau oleh pegawai untuk kaunseling. Malah keluarga terdekat serta guru-guru juga banyak memberikan sokongan. Keadaan sosial dan emosional kanak-kanak ini dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung pasangan tersebut, Aishah dalam keadaan sebak turut mengucapkan selamat Hari Ibu buat ibu tersayang mewakili tiga adiknya yang lain.

Beliau berkata, laporan tersebut akan dihantar sehingga Jun depan dan kemudian pihak Sweden akan buat kajian semula proses selanjutnya selepas ini.

Tambahnya, pasangan tersebut sedang menjalani hukuman seperti yang diperintahkan dan diharapkan tempoh yang dikenakan akan berkurangan dengan usaha dari pihak peguam.
“Anak-anak jadi tumpuan utama dan ternyata mereka amat kuat untuk berdepan situasi ini. Mereka juga kelihatan lebih ceria kerana ada pegawai kaunseling yang memang rapat dengan anak-anak ini,” katanya.

“Laporan asas yang dihantar adalah perkembangan keadaan emosi kanak-kanak dari segi pelajaran dan pastikan akademik mereka tidak terjejas,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");