Perak Hari Ini

Sektor Ekonomi Teluk Intan Lebih Berkembang Jika BN Menang

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mempunyai potensi tersendiri dan berkeupayaan untuk mengembangkan lagi sektor ekonomi di Teluk Intan.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas kerana pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini,” katanya.

Mengulas pula mengenai potensi ekonomi di Teluk Intan, Ahmad Husni berkata, sumber tenaga manusia merupakan yang paling menonjol untuk dibangunkan di kawasan tersebut.

Lumut juga katanya, boleh dijadikan sebagai lokasi terbaik bagi tujuan eksport.

“Lokasinya tidak jauh dari Teluk Intan dan ini boleh membantu mengubah senario ekonomi kawasan di sini,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Teluk Intan, semalam.

Jelasnya lagi, corak ekonomi Malaysia perlu berubah kepada ekonomi inovatif dan ianya terbukti kini apabila kerajaan menubuhkan pusat ekonomi berteraskan inovatif bagi tujuan tersebut.

“Ekonomi inovatif tersebut memberi penekanan kepada kebolehan dan keupayaan golongan muda,” katanya.

Jelasnya lagi, kemampuan golongan muda dalam pelbagai sektor pekerjaan belum dikembangkan sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai Goods and Services Tax (GST) yang akan dipantau secara rapi pelaksanaannya kelak.

“Saya sendiri mengetuai dan memantau pelaksanaan GST ini menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita akan sentiasa pantau harga barangan dengan teliti,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");