Jenayah

Siang amah, malam di tiang

Amah pelacur

Kuala Lumpur: Mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai pembantu rumah, namun dua wanita warga Filipina dikesan turut menjadi penari berahi dan pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr Ismail di sini, bagi memperolehi lebih pendapatan.

Dua pembantu rumah warga asing terbabit dikesan menjalankan kegiatan menjual tubuh bersama 10 lagi GRO dengan pendapatan sekitar RM300 setiap malam.

Kegiatan itu bagaimanapun ditumpaskan selepas sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur diketuai Inspektor Affendi Yusof melakukan serbuan di premis itu malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, 12 GRO warga asing berusia 23 hingga 37 tahun dikatakan menari dalam keadaan ghairah di hadapan pelanggan premis hiburan itu.

Affendi berkata, kumpulan GRO itu yang berpakaian menjolok mata bagaimanapun diberkas bersama 50 pelanggan dalam kalangan lelaki tempatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua wanita itu gagal menunjukkan permit kerja sah. Bagaimanapun dua daripada suspek wanita ditahan itu memiliki permit kerja pembantu rumah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");