Isu Panas

Siap sedia menjelang PRU14

jentera

JASIN – Jentera Umno Bahagian Alor Gajah membuat persiapan awal menjelang PRU14 akan datang dengan menambah jumlah pengundi di Parlimen Alor Gajah.

Ketuanya, Datuk Abd Ghafaar Atan berkata, setakat 31 Disember lalu, jumlah pengundi di Parlimen berkenaan adalah seramai 64,021 orang, manakala 37,466 atau 58 peratus merupakan pengundi Melayu.

Menurutnya, beliau yakin jumlah itu akan bertambah menjelang pilihan raya umum akan datang dan kerana itu, perlu lakukan persediaan awal walaupun PRU14 masih jauh.

“Ahli Umno Bahagian Alor Gajah seramai 22,342 orang. Jumlah tersebut adalah suku daripada jumlah pengundi di kawasan Parlimen Alor Gajah.

“Kita perlu menggerakkan lebih banyak program serta aktiviti untuk menarik lebih ramai pengundi menyertai jentera Umno,” katanya pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan Umno Bahagian Alor Gajah, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Gajah, Datuk Norpipah Abdol dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah, Abdul Halim Daud.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");