Isu Panas

SPR nafi dakwaan enggan sah Borang 14

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa pihaknya enggan mengesahkan Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi iaitu Borang 14 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tidak timbul soal SPR tidak mengesahkan Borang 14 memandangkan ia akan diperaku dan ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi selepas selesai proses pengiraan undi.

“Borang 14 akan diperaku dan ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi berdasarkan Peraturan 25 (1 ) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Penjalanan Pilihan Raya ) 1981 selepas selesai proses pengiraan undi di setiap saluran mengundi.

“Ejen mengira undi yang hadir dan berhasrat untuk menandatangani penyata pengundian tersebut boleh berbuat demikian. Satu salinan diserahkan kepada setiap ejen mengira yang hadir. Oleh itu tidak timbul soal SPR tidak mengesahkan Borang 14,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan DAP mempertikaikan tindakan SPR yang didakwa tidak mahu mengesahkan Borang 14 pada PRK Teluk Intan.

Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How yang juga ejen calon berkata, perkara itu dimaklumkan melalui taklimat bersama pegawai SPR dan ejen calon Isnin lalu.

“Pegawai SPR itu menyatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.

“Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain?,” dakwanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");