Membawang Hari Ini

Suami Yakin Fitnah Misha Omar Lenyap Lepas Kahwin

samihah 1

Misha dan Firos bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan:-

KOTA BAHRU: Suami kepada penyanyi Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly yakin fitnah dan gosip tentang isterinya yang bertebaran sebelum ini akan lenyap selepas mereka sah disatukan pada Jumaat (semalam).

Firos, 32, berkata, penyatuan mereka sebagai suami-isteri adalah pengakhiran kepada semua cakap-cakap itu dan bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan.

“Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir,” katanya kepada mStar Online.

Firos yang juga seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, terdahulu selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Renaissance di sini.

Misha menerima sepasang gelang emas sebagai Mas Kahwin sebagai simbolik cinta mereka.

Tambah Misha, dia tidak perlu mempertahankan gosip buruk tentangnya kerana paling penting perkahwinannya dengan Firos adalah nyata.

“Dari dahulu lagi saya tidak melayan gosip buruk mengenai diri saya dan membalas cakap-cakap tersebut dengan perkara nyata seperti hari ini (perkahwinan dengan Firos), katanya.

Dalam pada itu, Misha berkata, biarpun perasaannya gementar saat dijabkabulkan dengan Firos namun ia adalah saat paling gembira dalam hidupnya.

“Perasaan gemuruh ketika mengadakan persembahan pun tidak macam ini tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Firos berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus membenarkan isterinya bergiat aktif dalam bidang seni.

Jelas Firos, dia yakin Misha dapat menjaga batas dan nama baiknya sebagai seorang isteri selepas ini.

“Tiada sebab kenapa saya perlu halang dia untuk aktif dalam bidang seni malah akan sentiasa menyokongnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia dan suaminya merancang ingin berbulan madu di New York namun masih belum menetapkan tarikh untuk ke sana.

Ini kerana kata Misha, jadual mereka yang padat membuatkan perancangan itu terpaksa ditamgguhkan terlebih dahulu.

“Kami hanya cuti selama seminggu sahaja untuk berkahwin dan perancangan untuk berbulan madu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

“Kemungkinan saya akan ikut suami ke destinasi penerbangan ketika dia bertugas kelak, seperti di Sydney atau Melbourne,” jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Firos dan Misha sepakat untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan sahaja.

“Soal anak, kami serah kepada rezeki dan ketentuan Allah. Saya suka budak-budak. Mungkin saya mahu anak seramai enam atau lapan orang,” ujar Firos berjenaka.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");