Jenayah

Suspek militan ditahan

Suspek militan

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan yang merancang melakukan keganasan di India.

Lelaki berasal dari sebuah negara di Asia Selatan itu ditahan di sebuah kawasan perumahan di Kepong, dalam satu operasi khas kira-kira jam 11.55 pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata lelaki terbabit ditahan anggota bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman kerana dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas yang merancang menyerang pejabat perwakilan asing di Chennai dan Bangalore, India.

Penahanan itu dilakukan selepas siasatan dan risikan polis sejak Disember lalu berhubung pembabitan suspek dalam kegiatan keganasan berkenaan.

Guna pas lawatan sosial

Difahamkan, suspek yang berusia 40-an direkodkan masuk ke negara ini sejak 2011 menggunakan pas lawatan sosial.

Dalam satu kenyataan semalam, Bakri berkata, Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada pihak berkuasa India mengenai siasatan itu pada 9 April lalu dan hasilnya tiga dalang kumpulan pengganas terbabit ditahan di Chennai, India, 29 April lalu.
Buat masa ini suspek ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan susulan, katanya.

Akhbar The Times Of India pada 5 Mei lalu melaporkan pihak berkuasa India menahan seorang warga Sri Lanka, Sakir Hussain di Chennai pada 29 April lalu kerana disyaki ada kaitan dalam rancangan untuk menyerang kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Chennai dan kedutaan Israel di Bangalore.

Akhbar itu melaporkan sehari selepas penahanan Sakir, pihak berkuasa negara itu kemudian menahan dua rakyatnya berasal dari Choolaimedu dan Sowcarpet, Chennai, yang mendalangi rancangan serangan itu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");