Membawang Hari Ini

Tasha Shilla akui tertekan

HLIVE

KECOH minggu lalu apabila pelakon muda Tasha Shilla memuat naik sekeping foto di laman sosial Facebook miliknya sambil memegang segelas produk kecantikan yang diamalkannya sejak dua bulan lalu.

Apa yang menjadi hal apabila saiz payudara Tasha, 27, menjadi bahan perbualan di Internet malah ada yang mendakwa pelakon filem Ratu The Movie itu melakukan pembedahan membesarkan payudaranya.

Tasha sebelum ini telah menafikan dakwaan berkenaan dan terbaharu Kosmo! bertemu sekali lagi dengan pemilik nama Natasha Sheila Abdul Razak ketika majlis pelancaran program H Live di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapatkan keterangan lanjut.

Sambil merakamkan setiap detik perbualan bersama Kosmo!, Tasha menjelaskan lebih lanjut berkenaan isu berkenaan. Ikuti temu bual berikut.

Kosmo!: Baru-baru ini selepas memuat naik foto bersama sebuah produk kecantikan, Tasha dikecam hingga mengaitkan perubahan saiz payudara dengan produk itu. Komen anda?

TASHA SHILLA: Saya sudah menjelaskan kesemuanya sebelum ini menerusi laman sosial Instagram saya. Orang ramai yang mahu tahu lebih lanjut boleh ikuti keterangan di sana. Anda boleh mencuba sendiri, selebihnya saya tidak mahu komen.

Bagaimanakah amalan dan cara pengambilan produk itu mampu memberi kesan kepada anda walaupun hanya menggunakannya dua bulan lepas?

Saya cuma kongsikan hasil selepas meminum produk itu, segala amalan dan cara pengambilan produk itu boleh hubungi sendiri wakil penjual mereka. Saya cuma berkongsi produk itu untuk peminat.

Rimas atau tidak apabila timbul perkara sampingan di sebalik sekeping foto dan adakah anda melihat situasi ini adalah sangat merepek?

Memang tidak sangka dengan hanya sekeping foto dan niat untuk berkongsi bersama peminat dan perkara itu menjadi menular di media sosial. Ia di luar jangkaan saya dan agak tertekan sebab disalahertikan dengan sekeping gambar itu.
FOTO Tasha yang dimuat naik di Facebook inilah yang telah mencetuskan kontroversi hangat.

Apakah pengajaran yang anda simpulkan mengenai isu tersebut?

Ada yang mana patut jadikan pengajaran saya ambil sebagai iktibar tapi setiap apa yang saya lakukan, saya buat dengan berhati-hati. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari walau kita rasa kita sudah cukup berhati-hati. Kesan yang akan datang kita tidak tahu.

Adakah anda malu atau rasa terhina?

Nak kata malu tidak juga cuma saya rasa kecewa dengan komen-komen yang agak negatif.

Penting atau tidak saiz payudara yang besar untuk seseorang wanita?

Bagi saya sebagai seorang wanita, penjagaan keseluruhan anggota badan kita penting. Boost up mungkin diperlukan bagi wanita yang tak tidak yakin pada diri sendiri. Perkara itu subjektif dan terpulang pada diri individu itu. Kalau sudah rasa yakin diri, pada hemat saya tidak memerlukan produk sedemikian. Tapi kalau rasa perlukan sesuatu untuk keyakinan diri mereka, perlu ambil produk tertentu. Bergantung pada inisiatif mereka untuk penjagaan dalaman sebagai seorang wanita.

Bagaimana pula secara peribadinya?

Saya sebagai figura umum dari dahulu lagi pun saya mengamalkan jamu. Memang saya suka amalan untuk kecantikan dan penjagaan dalaman wanita seluruh aspek.

Adakah anda berpuas hati dengan fizikal sekarang?

Ya, saya sangat puas hati dengan bentuk badan saya sekarang. Bukan sebab ambil produk tapi perlu seiring dengan senaman. Amalam meminum air yang cukup juga penting. Ambil produk saja tidak berhasil tanpa inisiatif lain.
HUBUNGAN Tasha dan Chen Wong berjalan lancar.

Bagaimanakah pula dengan kesan sampingan terhadap produk kecantikan?

Bergantung, setiap apa yang perlu kena baca arahan yang terkandung pada setiap label produk yang kita amalkan. Kalau rasa tak yakin dengan sesuatu produk perlu rujuk dengan pakar yang lebih tahu.

Beralih kepada hubungan cinta anda, bagaimanakah hala tuju hubungan anda bersama jejaka Cina, Han Chen Wong sekarang?

Biar kita merancang dan Tuhan menentukan.

Apakah perkembangan karier seni sekarang?

Saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Maafkan Aku Tak Sempurna untuk slot Akasia, Kasih Berbisik dan beberapa buah drama untuk tayangan Hari Raya Aidilfitri.

-kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");