Jenayah

Terkejut lihat pisang berbuah songsang di batang

Suhaimi menunjukkan pokok pisang yang mengeluarkan buah pelik di belakang rumahnya:-

ROMPIN – Seorang penduduk Felda Selendang 4, di sini, terkejut dan hairan apabila melihat salah satu daripada pokok pisang yang terdapat di kebun di belakang rumahnya mengeluarkan buah yang pelik.

Pokok pisang tersebut mengeluarkan buah yang tidak besar di setiap sikat dan paling aneh ia keluar di bahagian batang pokok tanpa melalui proses biasa iaitu bermula dengan jantung pisang terlebih dahulu serta dalam keadaan songsang.

Menurut penduduk, Suhaimi Abu Bakar, 43, pokok pisang yang menghasilkan buah yang pelik itu adalah anak kepada kepada pokok pisang yang ditanam tiga tahun lalu.

“Saya mula perasan buah pisang pelik ini kira-kira seminggu yang lalu ketika sedang membersihkan kebun. Ketika itu saya memang terkejut dengan keanehan buah pisang tersebut kerana pertama kali jumpa yang sedemikian.

“Buahnya di setiap sikat kecil, jantung pisang masih tersepit di dalam batang dan tandannya songsang kerana berbuah ke bahagian atas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tambah pelik adalah ia terus keluar dengan buah, bukan dalam keadaan seperti biasa iaitu bermula dengan bunga di setiap pelepah dan kemudiannya baharu membentuk buah.

“Saya tidak pasti ada apa-apa kelebihan di sebalik kejadian buah pisang sebegini, bimbang juga jika menjadi syirik. Setakat ini saya hanya akan membiarkannya untuk melihat apa akan terjadi selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, ibu mertuanya, Che Bashah Chik, 61, berkata, pernah juga pokok pisang yang ditanamnya mengeluarkan buah yang pelik kira-kira 10 tahun yang lalu.

“Kejadian buah pisang pelik yang makcik alami itu kira-kira 10 tahun lalu dan makcik hanya membiarkannya. Ia tidak masak dan mati mati kering sahaja.

“Ketika itu buah pisang keluar juga keluar di bahagian batang tetapi masih melalui proses normal iaitu bermula dengan pelepah, berbunga dan baharu berbuah. Kali ini memang terus keluar dengan buah dan itu sangat pelik,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");