Membawang Hari Ini

The Other Woman: Madu Tiga versi Barat

madu tiga

Andai ada yang tahu dan pernah menonton filem klasik komedi lakonan P Ramlee iaitu Madu Tiga, The Other Woman adalah versi itu! Bezanya, ia mengadaptasi budaya Barat dan babak yang lebih ‘dewasa’, terutama pada aksi komedi keterlaluan.

Bagi peminat filem komedi dari Hollywood, The Other Women mungkin satu lakon layar baru yang juga bersifat feminisma. Ia seolah-olah filem yang dihasilkan khusus menjadi rakan baik semua wanita.

Sama seperti filem First Wives Club (1998), Eat Pray Love atau She’s The Man (2006), yang asasnya bercerita mengenai kekuatan wanita dalam dunia yang ‘dikuasai’ lelaki.

Pastinya apabila melihat pada jalan cerita, penonton beranggapan pada cara bagaimanakah tiga wanita ini (Carly, Mark dan Kate) akan balas dendam pada lelaki yang kononnya cintakan mereka.

Kisahnya, seorang lelaki yang sudah beristeri main kayu tiga dengan wanita lain. Apabila wanita lain dapat tahu si lelaki sudah beristeri, wanita itu berkomplot dengan si isteri untuk mengenakan si lelaki itu.

Tarikan pada filem ini bukan setakat jalan cerita yang menarik, tapi juga pilihan lagu runut bu-nyi yang ‘catchy’. Penceritaan juga tidak mengambil ruang terlalu panjang dan selama 109 minit tayangan, penonton dapat merasai setiap rentak dengan ketawa dan kelegaan.

Tidak banyak yang menarik dari segi lakonan ditonjolkan Cameron Diaz kerana watak Carly pernah dibawa aktres itu sebelum ini.

Begitu juga penampilan pe­nyanyi rap Nicky Minaj yang ba­nyak menjadi diri sendiri melalui pengucapan dialog yang moden dan penuh metafora sendiri.

Model sukan popular, Kate Upton muncul sebagai watak perempuan simpanan cantik tapi ‘bimbo’. Biarpun cantik ditonton di layar, se­benarnya Kate belum cukup aura untuk bergelar pelakon yang mampu membawa watak yang ada karakter.

Rumusannya, filem ini akan disukai dan diminati penonton wanita, terutama yang mempunyai pemahaman sendiri mengenai cara balas dendam pada lelaki yang menipu mereka.

Bagi lelaki ‘nakal’, bersedialah untuk dijadikan bahan sindiran oleh pasangan masing-masing sebaik melangkah keluar dari pawagam.

INFO

FILEM: The Other Woman
ARAHAN: Nick Cassavetes
PELAKON: Cameron Diaz, Nikolaj Coster-Waldau, Nicki Minaj, Leslie Mann, Taylor Kinney dan Kate Upton
GENRE: Komedi
TAYANGAN: 1 Mei 2014
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");