Jenayah

Ular tedung selar rehat bawah meja

ular sawa 1

PONTIAN – Seorang pengawal keselamatan Stesen Mardi Pontian, berhampiran Muzium Nenas di sini, terkejut apabila objek yang kelihatan seakan kayu di bawah meja rupanya seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pontian, Mohd Hairol Ishak berkata, ular tedung seberat lapan kilogram itu dalam keadaan agresif ketika ditangkap kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Katanya, operasi menangkap ular tedung selar itu membabitkan empat anggota sebaik menerima panggilan pengadu.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengepung kawasan itu sebelum berjaya menangkap ular berkenaan. Operasi mengambil tempoh agak lama memandangkan ular itu masih agresif.

“Syukur operasi lancar tanpa kejadian tidak diingini, ular itu telah dilepaskan ke kawasan hutan lipur Gunung Pulai,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");