Jenayah

13 GRO warga asing ditahan

gro 1

Klang: Seramai 13 wanita warga asing ditahan selepas dipercayai menawarkan perkhidmatan seks di sebuah pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan di Jalan Goh Hock Huat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai Asisten superintendan Mohd Shokri Abdullah itu, tiga pelanggan lelaki turut ditahan bersama seorang lagi dipercayai penjaga pusat kecantikan tanpa lesen berkenaan.

Katanya, semua yang ditahan terdiri daripada warganegara Vietnam, Kemboja dan Thailand berusia lingkungan 18 hingga 42 tahun.

“Siasatan awal mendapati, daripada 13 wanita terbabit, lapan daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, serta Seksyen 39b Peraturan Imigresen.

“Serbuan dengan kekuatan dua pegawai serta sembilan anggota ini turut merampas sejumlah wang tunai sebanyak RM2,754, beberapa botol minyak urut, jadual kerja dan tuala daripada premis tidak berlesen itu,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");