Perak Hari Ini

152,194 Rakyat Perak Dapat Manfaat Daripada Program Basmi Kemiskinan

Seramai 152,194 rakyat Perak mendapat manfaat daripada pelbagai program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Antara program ialah Bantuan Rumah, Mikro Kredit, Bantuan Perayaan Miskin Tegar dan Tabung Pendidikan Kaum India yang dilaksanakan dengan peruntukan RM51 juta di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Pencapaian itu diakui dalam Laporan Audit Ketua Negara 2013 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen, semalam.

Namun beberapa kelemahan turut dikenalpasti antaranya kualiti pembinaan rumah kurang memuaskan dan 65 peratus peserta tidak membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual.

Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara mengsyorkan kepada UPEN dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memantau projek Bantuan Rumah dan Mikro Kredit supaya keberkesanan program dapat dipertingkatkan sekaligus mencapai sasaran membantu golongan miskin.

Enam jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan Perak menerima lapan syor daripada jabatan tersebut.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menerima syor berhubung pengurusan projek pembangunan tanah industri dan bandar baharu manakala Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Daerah Kerian menerima syor berhubung Pengurusan Penyelenggaraan Sistem Saliran Bandar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");