Jenayah

66 PATI dikhuatiri lemas

pendatang tanpa izin

Shah Alam: Seramai 66 pendatang tanpa izin hilang selepas bot yang membawa 97 penumpang karam di perairan berhampiran Sungai Air Hitam, Banting kira-kira 12 malam semalam.

Menurut sumber, bot berkenaan dalam perjalanan keluar dari perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey ke Acheh Indonesia.

Menurutnya, sehingga kini seramai 31 pendatang tanpa izin termasuk empat wanita dan dua kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh bomba bersama bantuan nelayan tempatan.

“Keadaan air surut menyebabkan bot tidak dapat menghampiri sungai dan operasi menyelamat mengalami sedikit kesukaran.

“Semua mangsa yang berjaya diselamatkan kini sudah dihantar ke Balai Polis Teluk Panglima Garang,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");