Berita Hari Ini

7 Kematian Akibat Demam Denggi Di Perak

Sehingga 20 Jun lalu, tujuh kes kematian akibat demam denggi dilaporkan di Perak.

Dipetik daripada statistik Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, sejumlah 2,627 kes demam denggi terkumpul dilaporkan di Perak bagi tempoh sama berbanding hanya 912 kes pada 2013.

Untuk tempoh sama, tiada kes kematian dilaporkan bagi tempoh enam bulan pertama di Perak akibat demam denggi, tahun lalu.

Sementara itu, negeri Selangor mencatat kes kematian tinggi dengan 32 kematian diikuti Johor dengan 14 kes kematian dan tujuh kes kematian dilaporkan berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hanya lima kes kematian dilaporkan di Selangor bagi tempoh enam bulan pertama tahun lalu.

Sejumlah 23,962 kes demam denggi dilaporkan di Selangor berbanding hanya 5,625 kes bagi tempoh enam bulan, tahun lalu.

Di seluruh negara pula, sebanyak 41,764 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh sama berbanding cuma 12,501 kes tahun lalu.

Bilangan kematian pula meningkat kepada 82 kes berbanding hanya 23 kes sahaja pada tahun sebelumnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata kerjasama anggota masyarakat juga diperlukan untuk menangani wabak demam denggi.

Tugas menjaga kebersihan di persekitaran rumah agar bebas daripada kawasan pembiakan nyamuk Aedes bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa tempatan sahaja tetapi memerlukan kerjasama daripada anggota masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");