Isu Panas

Abdul Hadi Selamat Tiba Di Tanah Air

abdul hadi

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat tiba di Malaysia pada petang Rabu selepas menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital di Turki.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun kesihatan Abdul Hadi bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor masih menasihati beliau supaya terus berehat untuk satu tempoh tertentu.

“Sehubungan itu juga diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lain dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sebelumnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani rawatan perubatan kerana mengalami komplikasi sesak nafas semasa persidangan yang dihadirinya di Istanbul.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");