Jenayah

Acu pisau pada ibu minta RM10

ugut ibu

KUALA TERENGGANU – Seorang anak sanggup menggunakan cara kekerasan dengan mengacukan sebilah pisau ke arah ibu kandungnya bagi memastikan wanita malang itu menyerahkan wang RM10.

Bagaimanapun, perbuatan melampau Muhamad Azri Mohd Yusof, 22, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman tersebut diputuskan selepas Muhamad Azri mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada ibunya, Noryati Saleh, 49, dengan niat menyebabkannya berasa takut.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu pada 27 Mei lalu, kira-kira jam 6.30 petang di kediaman mereka di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa berehat di rumah, ayah Muhamad Azri ternampak anaknya itu sedang mengugut mangsa dengan pisau dan tindakan itu bukan sahaja menakutkan mangsa, malah ayahnya turut merasa takut.

Bimbang keselamatan mereka sekeluarga pada masa akan datang, ayah Muhamad Azri membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");