Isu Panas

Adun Seri Delima Tidak Didakwa Dengan Tuduhan Menghasut

pctRAYER 1

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N. Rayer pada Khamis tidak akan didakwa atas kesalahan menghasut pada Khamis.

“Kami telah dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya bahawa mereka telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau.

“Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini,” kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo.

Gobind berkata beliau akan menulis surat kepada pejabat Peguam Negara untuk bertanya mengapa bahagian pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pendakwaan pada Khamis.

“Kami juga tidak tahu kenapa. Pejabat Peguam Negara perlu memberikan jawapan dalam isu ini,” tambahnya.

Anggota polis turut diletakkan dalam keadaan bersedia di luar mahkamah.

Rayer bagaimanapun enggan mengulas.

Beliau turut diwakili Ramkarpal dan S. Raveentharan.

Terdahulu, Rayer hadir di mahkamah bersama penyokongnya.

Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis daerah George Town selepas mengeluarkan kata-kata kesat ‘Umno Celaka’ pada sidang DUN, 20 Mei lalu.

Earlier, Rayer turned up at the Sessions Court with his supporters as police were seen on standby outside the court building.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");