Sukan Hari Ini

Aksi hidup mati La Roja

la roja

Kami ada keyakinan tinggi untuk bangkit jumpa Chile: Fabregas

Curitiba (Brazil): Aksi kedua Sepanyol menentang Chile dalam Kumpulan B pada awal pagi Khamis ini dianggap sebagai perlawanan hidup mati buat juara bertahan itu, kata pemain tengah, Cesc Fabregas.

Pasukan bimbingan Vicente del Bosque itu kini perlu memenangi baki dua perlawanan, iaitu menentang Chile dan Australia untuk mengelakkan dimalukan seperti dialami Perancis dan Itali sebagai penyandang juara sebelum ini yang terpaksa pulang awal.

Peluang baiki

“Dalam bola sepak, setiap tiga atau empat hari terdapat perlawanan. Oleh itu, pemain mempunyai peluang untuk membaiki kelemahan yang ada.

“Pasukan ini mempunyai karakter dan keberanian. Ia (kekalahan kepada Belanda 1-5) adalah satu daripada saat paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun saya berkeyakinan penuh dengan pasukan ini,” kata Fabregas
Pemain yang baru menandatangani kontrak lima tahun dengan Chelsea berkata pemain tahu bertapa pentingnya dua perlawanan peringkat kumpulan akan datang.
“Saya percaya rakan sepasukan akan bertindak dengan penuh gaya seperti yang pernah mereka lakukan dalam tiga kejohanan antarabangsa utama sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi pemain tengah, Xabi Alonso pula berkata mereka tewas kepada Belanda 1-5 pada perlawanan pembukaan kerana keletihan. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");