Sukan Hari Ini

Amaran keras De Rossi

de rossi

PEMAIN tengah Itali, Daniele De Rossi memberi amaran keras kepada rakan sepasukan menjelang aksi kedua Kumpulan D Piala Dunia menentang Costa Rica di Recife, Pernambuco, awal pagi esok.

De Rossi berkata, para pemain hanya perlu menghormati pasukan lawan dan bukannya takut kepada mereka.

Menurutnya, mereka juga tidak boleh menganggap Costa Rica sebagai lawan yang lemah untuk dibelasah sesuka hati.

“Kita tidak perlu ada perasaan takut dengan Costa Rica tapi kita perlu ada rasa hormat kerana mereka merupakan pasukan yang telah mengejutkan pasukan pilihan.

“Mereka tentu lebih bersemangat selepas mencatat kemenangan ke atas Uruguay dalam aksi pembukaan.

“Saya berharap pemain dapat melakukan sebaik mungkin dan jangan memandang rendah kemampuan lawan,” katanya.

Kemenangan Azzurri ke atas Los Ticos kelak bakal menjamin bekas juara empat kali itu melangkah ke peringkat fasa 16 pasukan terbaik.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");