Jenayah

Anggota tentera maut kemalangan

maut kemalangan 1

SHAH ALAM- Seorang anggota tentera maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 3.3 Lebuhraya Guthrie, di sini, pagi semalam.

Pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Muhamad Alwi Mustapa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Amierul Abidin, menunggang motosikal dari arah Sungai Buloh menghala Shah Alam.

“Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan lain sebelum terbabas,” katanya.

Menurut beliau, Amierul, 22, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian di bahagian kepala serta patah kedua-dua belah kakinya.

Kata Muhamad Alwi, mangsa yang bekerja di markas tentera darat di Kuala Lumpur dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta untuk memberikan maklumat kepada anggota trafik bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");