Berita Hari Ini

Angin kencang, laut bergelora hingga Selasa

KUALA LUMPUR – Angin kencang barat daya dan keadaan laut bergelora di perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Sabah ialah pantai barat dan Kudat.

Keadaan sama dijangka dialami di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Angin kencang barat daya berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

Sementara itu, ribut petir di perairan Miri, Bintulu dan Mukah (Sarawak) serta Wilayah Persekutuan Labuan, kawasan pedalaman dan pantai barat di Sabah dijangka berterusan sehingga lewat pagi.

Keadaan sama dijangka berlaku di perairan Samui, Condore, Reef North dan Reef South.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");