Sukan Hari Ini

Assou-Ekotto naik angin

moukandjo

ENTAH apa yang membelenggu fikiran pemain pertahanan Cameroon, Benoit Assou-Ekotto sehingga menanduk kepala rakannya sendiri, Benjamin Moukandjo semasa pertemuan dengan Croatia, pagi semalam.

Tindakan itu mencetuskan rasa kurang senang pengendalinya, Volker Finke yang menyaksikan insiden berkenaan.

Mujur, Pierre Webo segera meleraikan perselisihan faham itu bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk.

Difahamkan, insiden itu nyaris berlarutan di terowong, tempat gantian pemain, namun tindakan pantas Samuel Eto’o yang kebetulan sedang dirawat di luar padang menghalang dan menenangkan Assou-Ekotto.

“Susah untuk diperkatakan. Saya melihat kejadian itu dan ingin tahu apa sebenarnya sudah berlaku. Kenapa kedua-dua pemain itu tiba-tiba berseteru.

“Saya benci melihatnya. Ini bukanlah aksi sebenar yang ingin Cameroon sajikan kepada peminat,” katanya memohon maaf kegagalan The Indomitable Lions di pentas Piala Dunia 2014.

Cabaran Cameroon kali ini tersekat di peringkat kumpulan dan mengulangi pencapaian kejohanan  empat tahun lalu di Afrika Selatan.

Mereka akan bertemu Brazil bagi aksi pelengkap jadual Kumpulan A di Brasilia, Selasa ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");