Berita Hari Ini

Australia keluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi di selatan Lautan Hindi

SYDNEY – Satu gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter melanda selatan Lautan Hindi semalam, kata beberapa pakar gempa bumi.

Ekoran gempa bumi itu, Australia mengeluarkan satu amaran tsunami.

Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer (km) berhampiran barat laut Kepulauan Cocos, Australia.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan ekoran gempa bumi tersebut.

Namun, Pusat Bersama Amaran Tsunami Australia (JATWC) mengeluarkan amaran itu.

Menurut JATWC, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berenang di laut.

Ia menyatakan, orang ramai juga diminta tidak berada dekat pelabuhan, pantai dan marina.

Kepulauan Cocos terletak 2,750km dari Perth, Australia Barat.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");