Sukan Hari Ini

Awas Brazil!

awas brazil

PEMAIN sensasi Colombia, James Rodriguez melaungkan amaran bahawa dia bersedia menggegar lagi apabila pasukannya bertemu juara dunia lima kali, Brazil pada peringkat suku akhir, Sabtu ini.

Awal pagi semalam, Rodriguez menjaringkan gol kelima peribadinya di Piala Dunia selepas membantu Colombia mengatasi Uruguay 2-0 di Maracana.

“Brazil memang satu pasukan yang sukar. Mereka memiliki pemain yang hebat dan mereka juga mempunyai sejarah tersendiri.

“Namun kami perlu pergi ke atas padang untuk memburu kemenangan, seperti yang kami selalu lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai gol pertamanya pada minit ke-28 yang dianggap jaringan tercantik kejohanan setakat ini, Rodriguez berkata ia satu gerakan yang sukar dan hanya boleh dilakukan ketika sesi latihan.

“Bukan senang untuk saya lakukannya. Tapi bagi saya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau anda berani bermimpi, tidak mustahil ia menjadi kenyataan.

“Apa pun, memang impian saya untuk menjaringkan gol di Stadium Maracana dan akhirnya saya berjaya melakukannya.

Jaringan pertama di Stadium Maracana ketika menentang Uruguay jelas mengejutkan dunia selepas Rodriguez melepaskan satu rembatan voley menarik menewaskan lima pertahanan lawan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");