Jenayah

Bapa mangsa cubaan culik kesal

kesal

SAYA tidak mahu kejadian yang menimpa anak perempuan saya berulang kepada kanak-kanak yang lain dan mahu ibu bapa supaya berjaga-jaga dengan kes culik tersebut,” demikian luahan bapa kepada mangsa kes cubaan culik di Bestari Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 36.

Man yang kecewa apabila tindakannya menyebarkan maklumat mengenai kes cubaan culik anaknya dalam laman sosial Facebook didakwa mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakannya itu hanya bertujuan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kepada penculik sama yang tidak berhati perut.

“Selepas saya memuat naik status tersebut, saya dapat panggilan memberitahu status itu telah menjadi ‘viral’. Status itu juga dikatakan mengganggu siasatan polis.

“Menurut polis, kemungkinan untuk buat tangkapan dah berkurang kerana apabila penjenayah dah tahu yang kita ambil langkah berjaga-jaga, mereka akan melarikan diri. Kita buat perkara tersebut (sebar status) untuk elak anak-anak orang lain jadi mangsa dan umpan,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");