Perak Hari Ini

Bazar Ramadhan Medan Gopeng Jadi Tumpuan Ramai Beli Juadah Berbuka Puasa

PERAKTODAY14

Bazar Ramadhan Medan Gopeng antara lokasi tumpuan yang sering dikunjungi umat Islam di sekitar Ipoh untuk membeli juadah berbuka puasa.

Tinjauan krew Peraktoday.com.my mendapati seawal jam 4 petang lagi, lokasi itu sudah dipenuhi para pengunjung yang ingin membeli pelbagai jenis lauk-pauk dan air minuman untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa.

Suasana begitu meriah sekali apabila terdengar suara nyaring peniaga mengajak orang ramai menjengah gerai masing-masing.

Hasil tinjauan juga mendapati gerai yang menjual kuih muih menjadi pilihan utama pengunjung yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan apa yang dihajatkan dalam hati.

Menurut pemilik gerai kuih yang ingin dikenali sebagai Samsudin, harga empat ketul kuih kini dinaikkan kepada RM2 disebabkan faktor harga barangan mentah yang turut naik mendadak.

Sementara itu, seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, pelbagai makanan yang dijual di bazar itu memudahkannya mencari makanan yang disukainya.

“Saya tiada masalah dengan harga makanan dan minuman yang dijual di sini kerana masih lagi berpatutan seperti tahun sebelumnya.

“Namun begitu, saya dapati harga beberapa hidangan dinaikkan sedikit oleh penjual,” katanya.

Manakala bagi Syafiq Akmal pula, perbelanjaan semasa bulan Ramadhan perlu dikawal secara berhemah supaya tidak membazir.

“Pengunjung perlu bijak berbelanja dan jangan mengikut hawa nafsu semata-mata. Kita juga perlu buat perbandingan harga sebelum berbelanja,” katanya lagi.

PERAKTODAY12

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");